Thursday 2 October 2014

CERPEN

CERPEN
BUKAN ISTERI PILIHAN
“AKU terima nikahnya, Ainan Syafeeya Binti
Abdul Rashid dengan mas kahwinnya RM
999.99 tunai.”
“Sah?” tanya Tok Kadi kepada saksi.
“Sah.”
Dengan serta merta air mataku tumpah
ke pipi. Dengan sekali lafaz, aku sudah sah
menjadi isteri kepada Syafzan Fawaz Bin
Dato’ Mahmuddin. Aku mengucapkan lafaz
syukur. Kini, aku sudah sah bergelar isteri
orang. Jadi, aku dah tak boleh buat perangai
lama lagi.
“Feeya, suami kau dah datang tu. Masa
untuk sarungkan cincin.” Bisik Zehra,
sahabatku. Dadaku sudah berdegup kencang.
Bagaikan mahu tercabut saja jantung ni.
Kalau boleh tercabut, memang dah lama
tercabut.
Aku cuba mengawal riak wajahku. Yalah,
aku ni kan isteri dia. Kenalah jaga imej.
Takkanlah aku nak buat perangai tak
senonoh aku sekarang. Karang nanti tak
pasal-pasal suami aku yang tertonggek
tengok aku buat perangai kat depan orang
ramai. Tak malu ke tu?
Syafzan duduk di hadapanku. Dia
mengambil kotak cincin yang di hulurkan
oleh Datin Raihana, ibunya. Cincin
disarungkan ke jari manisku. Aku mencium
tangan Syafzan. Dia pula mencium dahiku.
Subhanallah... pertama kali ku rasakan
ciuman dari seorang lelaki. Terasa syahdu.
Hangat.
Ku lihat dia tersenyum kacak. Sungguh,
senyumannya sangatlah menawan hati
wanita yang melihatnya. Nasib baik dia dah
jadi suami aku yang sah. Bolehlah aku tatap
dia setiap hari. Ah... bahagianya hidup.
Aku membalas senyumannya. Kami
bertentang mata sesama sendiri. Puan
Munirah, ibuku sudah berdehem.
“Hmm... tak menyabar betul. Kalau nak
bertentang mata tu nanti-nantilah... ingat-
ingatlah sikit...” usik Puan Munirah. Syafzan
tersengih. Aku pula sudah tersipu malu. Malu
gilalah!
---------
AKU menyusun baju di dalam almari sambil
bernyanyi-nyanyi kecil. Entah kenapa, saat
ini hatiku rasa gembira. Mungkin, inilah
rasanya baru berkahwin. Aku tersenyum
sendiri.
Sedangku menyusun baju, kedengaran
pintu di kuak dari luar. Semakin melebar
senyumanku. Pasti Syafzan yang masuk ke
bilik. Yalah, siapa lagi kalau bukan dia? Dia
kan suami aku.
Aku menghadiahkan senyuman
kepadanya. Namun, senyumanku tidak di
balas. Malah, dia menjelingku tajam. Aku
terkedu. Aik? Kenapa dengan dia ni? Jeling
aku lain macam je.
“Err... awak nak mandi ke?” tanyaku
lembut. Terasa agak janggal.
“Hmmm...” jawabnya acuh tak acuh. Aku
tersenyum.
“Baju awak saya letak kat atas katil.
Err... malam ni awak nak pakai kain pelikat
ke seluar?”
“Tak payah pakai apa-apa pun takpe...”
jawabnya selamba. Aku tercengang. Apakah?
“Ish, awak ni. Jangan main-mainlah.”
“Ada kau nampak muka aku ni main-
main? Takde kan?” katanya tegas. Serius
wajahnya. Wajahku jelas menunjukkan riak
terkejut. Sungguh aku terkejut dengan
panggilannya.
Aku? Kau? Kenapa lain benar
perangainya? Tadi depan family bukan main
mesra lagi dengan aku. Siap ber‘abang-
sayang’ lagi.
Tapi, kenapa... Ah... nampak sangat dia
tak ikhlas kahwin dengan aku. Yalah, aku ni
kan bukan isteri pilihan dia. Dia pun sama
bukan suami pilihan aku. Tapi aku ikhlas
kahwin dengan dia. Aku akan cuba
mencintai dia. Aku akan terima dia
seadanya.
“Kenapa? Tak percaya aku cakap macam
tu? Hmm?” tanyanya seakan mengejek.
“Apa pulak tak percaya. Awak dah cakap
dah pun.” Aku menjawab. Dia tersentak
dengan jawapan yang ku berikan. Ohh, suka
menjawab rupanya... fine! Getusnya dalam
hati.
“Okay kalau macam tu. Depan family , kita
panggil dengan panggilan mesra. Tapi bila
kita berdua je, jangan harap kita nak panggil
macam tu. Faham?”
“Tak. Saya tak nak panggil macam tu.
Awak suami saya. Saya kena panggil awak
abang. Dan... awak pula sepatutnya panggil
saya dengan panggilan manja. Contohnya,
sayang...” jawapanku yang selamba
membuatkan Syafzan naik bengang.
“Hei, memang taklah!” jerkahnya.
Terkejut aku di buatnya. Takut juga aku. Aku
menggigit bibir. Kepala ku tundukkan. Takut
kena marah lagi. Aku cuma bagi cadangan je
tadi... itu pun nak marah.
“Janganlah marah. Saya tak buat salah
pun...” kataku sayu. Mataku terasa pedih.
Empangan air mataku seperti ingin pecah.
“Ingat aku kisahlah? Dah. Tak payah nak
buat-buat nangis. Aku tak hadap dengan
muka kesian kau tu!”
“Tak baik tau awak cakap macam tu...
Saya tak buat-buat nangis pun. Biasanya
kalau isteri tengah bersedih, suami pujuk.
Awak pujuklah saya...” kataku selamba. Aku
sudah mencebik bibir menahan tangisan.
Dia tersenyum. Sinis senyumannya.
“Pujuk? Minta simpanglah... Aku tak suka
pujuk-pujuk orang. Tu bukan kerja aku.”
“Kerja awak apa?” alang-alang dia cakap
macam tu, baiklah aku tanya terus.
“Aku CEO.” Laju dia menjawab.
“Ohhh... CEO... bagusnya...” kataku
sambil mengangkat kening. Mata sengaja ku
bulatkan. Dia tersenyum bangga.
“ Well... kau sepatutnya bangga dapat
suami macam aku. CEO syarikat SF
Empires.” Ujarnya penuh bangga. Aku
mencebikkan bibir.
“ Cet, tak baik riak...” aku menasihati
Syafzan. Dia menjelingku.
“Eh, biarlah... hidup aku. Apa kau kisah?”
jawabnya.
“Saya isteri awak. Saya kena berkongsi
segalanya dengan awak termasuk cara hidup
awak. Jadi di sini, saya perlu kisahkan awak.
Sebab awak suami saya. Faham, bang?”
sengaja aku menekankan perkataan ‘bang’.
Nak tarik perhatian sikit. Dia memandangku.
“Tak.”
Aku mengeluh. Nafas ku tarik perlahan.
Sekali dengan gaya aku buat.
“Okay, takpe... Meh, saya tolong awak
fahamkan ya? Awak nak saya explain macam
mana?” tanyaku. Aku membetulkan tempat
duduk agar lebih selesa. Aku menongkatkan
dagu.
“Tak payah explain. Karang pecah
gegendang telinga aku ni,” katanya lalu
mengambil tuala yang tersidai kemas di
penyidai di tepi bilik air.
“Hmm... tak nak sudah. Rugi awak tak
dengar suara saya ni,” kataku selamba. Ku
lihat dia mencebikkan bibir.
“Tak rugi apa pun... setakat suara katak
betina nak beranak. Baik tak payah.”
“Eh, katak bukan bertelur ke?” tanyaku
polos. Aku mengetuk dagu berfikir sejenak.
Dia menggeleng.
“Apa-apa ajelah kau ni. Melayan kau
karang, boleh gila aku di buatnya,” baru
sahaja kakinya ingin masuk ke dalam bilik
air, aku menjerit.
“Eh, baju awak kat atas katil tu tau!”
suara ku tinggikan sedikit. Sikit je... tinggi
sebab takut dia tak dengar...
Ku dengar dia berdecit. Dia
memusingkan badan ke arahku. Aku
menayang sengihan sambil membuat gaya
‘peace’.
“Yalah, sayang...” jawabnya lembut.
Sungguh romantik pada pendengaranku.
Alahai... meruntun jiwa raga, mental
fizikal dan spiritual aku... sungguh, dengar
suara dia pun dah boleh buat aku cair...
“ Hehe... boleh ulang lagi tak? Macam best
je awak panggil saya macam tu. Sedap di
dengar.” Pintaku sambil tersengih. Dia cuba
menyembunyikan senyumannya.
Dengan pantas kaki di atur memasuki
bilik air. Sebaik sahaja pintu bilik air di
tutup rapat, aku memegang dada. Dup dap
dup dap... jantung oh jantung! Janganlah kau
berdegup macam ni... sesak nafas aku! Nak
tersedak dah ni!
---------
KEDENGARAN pintu bilik air di buka. Terus
sahaja aku meluru ke arah bilik air. Syafzan
yang baru keluar dari bilik air terkejut
melihat tingkahku. Ku lihat dia hanya
memakai tuala separas lutut melihatkan
badannya yang sasa. Aku menundukkan
wajah. Fuhh... macho gila! Dahlah muka
maskulin, badan sasa, dada bidang. Huh!
Meremang bulu roma aku. First time aku
tengok lelaki pakai tuala je depan aku.
Dahlah live! Depan mata aku sendiri.
“Err... err...” terasa kelu lidahku saat itu.
Dia kerut dahi.
“Kau nak apa?” tanyanya.
“Err... saya nak mandi. Boleh tepi sikit
tak?” kataku lalu tangan mencapai tuala
yang tersidai di tepi bilik air. Aku lihat dia
tersengih gatal.
“Tak nak.” Jawabnya lembut. Terasa
badanku sudah berpeluh. Boleh basah kuyup
baju aku ni dibuatnya.
“Tepilah...” kataku meleret. Suara ku
lembutkan. Ala, nak goda-goda suami sikit.
Badannya aku tolak perlahan. Namun, dia
mengeraskan badan.
“Tak naklah...” jawabnya sambil
tersenyum nakal. Aku menjelingnya sekilas.
Tak sanggup juga aku nak bertatapan lama-
lama dengan dia. Karang tak pasal-pasal lain
pula jadinya.
“Nak aku mandikan tak?” katanya lagi.
Dia sudah merapatkan badannya ke arahku.
Aku berundur sedikit.
“Err.. takpelah kot. Saya nak mandi
sendiri. Err... boleh tak awak ke tepi sikit?”
jawabku resah. Aku sudah mula gelabah.
Tidak tahu mana lagi yang harus ku tuju.
Syafzan sudah menyimpan senyum. Tahu
takut...
“Tak bolehlah... aku nak mandikan kau...
boleh tak?” usiknya lagi. Gulp! Air liur ku
telan. Pahit. Alamak! Apa aku nak buat ni?
“Tak bolehlah!” jeritku.
Dengan serta-merta tubuhnya ku tolak
kuat ke tepi. Namun, ternyata dia lebih
pantas dariku. Badanku di peluknya kuat.
Aku sudah terkapai-kapai. Oksigen! Oksigen!
Sesak nafas aku!
“Hei, kau dengar sini baik-baik ek. Aku
tak pernah terliurlah tengok kau! Kau fikir
kau tu cantik sangatlah? Setakat muka
macam kerak nasi! Eh, aku boleh cari yang
lebih bagus dari kau. Kau tahu tak?”
jerkahnya. Aku masih lagi dalam
pelukannya. Tersentak aku mendengar kata-
katanya.
Sungguh, hatiku rasa terkilan dengan
sikapnya yang dingin terhadapku. Kenapa
dia tak sukakan aku? Nak kata muka aku
buruk? Memang taklah! Lisa Surihani pun
kalah dengan aku tau! Eh, aku ni bukan nak
perasan ek? Ini fakta. Bukan auta. Hesy, aku
ni! Sempat lagi...
“Awak sakitlah...” rengekku.
“Fikir aku kisahlah? Hmm?”
“Lepaslah! Saya nak mandi. Kalau tak
saya jerit!” aku melawan.
Dia pantas melepaskan pelukannya. Aku
merengus.
“Eh, awak ingat saya nak sangat goda
awak? Hei, minta maaflah... kalau saya nak
goda awak, memang saya dah lama terbogel
kat sini tahu tak?”
“Ohh... boleh buktikan ke?”
“Bukti apa? Saya takde bukti. Saya tak
nak goda awak pun. Pehlislah!”
Ku lihat dia mencebikkan bibir. Gayanya
seakan mengejekku. Namun kubiarkan saja.
Aku pantas mengatur langkah memasuki
bilik air. Aku memandang tuala di tangan.
Nasib baik aku dah ambil...
Seusai mandi, aku membuka pintu bilik
air. Aku mengintai sedikit keadaan di luar di
sebalik pintu. Mataku melilau melihat
sekeliling. Kosong. Yes! Akhirnya...
Aku berjalan terjengket-jengket keluar
dari bilik air. Dengan pantas kaki aku
menuju ke arah almari.
“ Fuhhh... nasib takde mamat ego tu.
Kalau ada, confirm dia kata aku ni nak goda-
goda dia. Dahlah aku terlupa nak bawa baju
sekali tadi,” omelku sambil mencari baju
yang siap di susun di dalam almari.
Sedang aku mencari pakaian, tiba-tiba
kedengaran suara garau berdehem. Aku
terkaku. Alamak! Confirm itu suara dia!
Aku hanya beriak selamba. Tanganku
berpura-pura mencari pakaian.
“Cari apa tu?” tanyanya dingin. Dia
menjelingku lalu duduk di atas katil. Aku
hanya membiarkan. Soalannya tidak ku
jawab.
“Dah takde mulut ke?” tanyanya lagi bila
melihatku yang tiada respond. Aku merengus
perlahan.
“Awak tak nampak saya tengah cari apa?
Baju saya tertingal tadi,” soalan di balas
dengan soalan. Aku menjeling Syafzan
tajam. Dia mencebik.
“Aku tahu, kau sebenarnya sengaja buat-
buat tertinggal baju kan? Sebab kau nak goda
aku,” selamba dia menuduhku.
Hmm... dah agak dah.. mesti dalam otak
dia tu ingat aku nak goda dia. Hello! Memang
taklah!
Aku memandang wajahnya sekilas.
“Awak ni kalau tak menuduh saya
seminit tak boleh ke?”
“Aku tuduh kau ke? Bukan kau yang
sengaja nak tunjuk lagak? Kau sebenarnya
tengah nak goda aku kan sekarang ni?”
tuduhnya lagi. Eee... sakitnya hati aku.
Haihhh, sabar ajelah Feeya. Aku tahu, kau
penyabar orangnya.
“Awak...” aku berdiri lalu menoleh
menghadapnya.
“Kalau saya nak goda awak sekarang ni,
saya takkan pakai tuala aje tau? Awak nak
tahu saya buat apa? Nak?” ujarku lembut.
Sengaja aku buat suara menggoda. Ha, nak
sangat aku goda kau kan?
Syafzan menelan air liur. Dia terkedu
dengan perlakuanku. Namun wajahnya di
selambakan.
“Nak buat apa?” tanyanya sambil kerut
dahi. Aku tersenyum sinis. Kakiku
melangkah setapak demi setapak
menghampirinya yang sedang duduk di atas
katil.
“Saya nak...” kata-kataku terhenti. Aku
mendekatkan wajahku dengan wajahnya.
Syafzan sudah terpaku melihatku. Bahunya
ku pegang. Aku memaniskan lagi muka. Dia
memandangku tidak berkelip.
“Saya nak...”
“Saya nak pakai baju!” spontan kata-
kataku meluncur laju dari mulut. Huh! Dia
ingat aku nak buat apa?
Syafzan tersentak. Dia pantas berdehem
menutupi rasa segan. Kepala yang tidak gatal
di garu. Hesy... macam mana aku boleh
terpedaya ni? Tercemar sudah maruah aku...
apalah kau ni Zan! Buat malu je!
“Err... dah tu? Pakai ajelah! Yang kau nak
cakap kat aku tu kenapa?” kata Syafzan
menutupi rasa malu. Aku mengambil baju-
bajuku.
“Bukan tadi awak tanya saya nak buat
apa?”
Syafzan tersentap. Ish, minah ni... bijak
betul bab-bab menjawab. Ni tak boleh jadi
ni, gerutunya dalam hati.
Aku menju ke bilik air. Belum sempat aku
hendak menutup pintu bilik air, Syafzan
sudah menyergah.
“Kau nak apa tu?”
Aku memandangnya tajam lalu mengeluh
perlahan. Dia menjongketkan kening.
“Nak pakai bajulah... ish...” rungutku.
“Apahal kau pakai baju kat dalam bilik
air?”
“Dah tu, takkanlah saya nak pakai baju
kat luar ni. Karang nanti awak kata saya nak
goda awak pulak! Lainlah kalau awak ada
kat luar bilik. So, saya takde masalahlah nak
tukar baju kat mana pun. Kalau awak ada ni
menyusahkan jiwa raga, jasmani rohani,
mental fizikal dan spiritual saya tahu tak?”
“Orang tanya sepatah, dia jawab lima
puluh patah. Bini siapalah tu...”
“E’eh. Buat-buat tak mengaku pulak! Bini
awaklah ni. Kenapa? Dah nyanyuk?” ujarku
lalu terus masuk ke dalam bilik air.
“Menjawab je kerja...” gumam Syafzan
perlahan. Dia menggelengkan kepala
sebelum badannya di rebahkan di atas katil.
Aku pantas masuk ke dalam bilik air
tanpa mempedulikan kata-katanya. Selesai
memakai pakaian, aku keluar dari bilik air
dengan seribu satu rasa. Entah rasa apa pun
aku tak tahu. Pantas kaki ku atur ke hadapan
cermin. Penyikat rambut ku ambil untuk
menyikat rambutku yang ikal mayang.
Aku bernyanyi-nyanyi kecil sambil
menyikat rambut. Syafzan yang sedang
bermain dengan telefon bimbit pantas
menolehku. Dahinya berkerut.
“Eh, mulut kau ni memang tak boleh nak
diam kan? Asyik nak bersuara je,” ujar
Syafzan. Wajahnya jelas menunjukkan yang
dia tidak suka.
Aku tidak mengendahkan kata-katanya.
Suara aku kuatkan lagi. Sengaja mahu
membakar hatinya. Lagu Jaga Dia Untukku
nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza menjadi
pilihan.
Syafzan yang sudah naik berang pantas
mencapai bantal lalu dicampakkan
kepadaku.
“Hei, sakitlah awak!” marahku. Penyikat
rambut ku letakkan di meja solek.
“Ah... penipu! Benda yang aku baling tu
bantal. Bukan batu!”
“Yalah, saya tahu. Tapi janganlah baling-
baling macam tu... kesian saya...” ujarku
sambil menayang muka sedih. Syafzan
mencebik.
“Tak kesian pun.”
“Awak ni jahatlah! Tak nak kawan!”
“Tak nak kawan sudah. Kisah apa aku?
Aku ni suami kau. Bukan kawan kau!”
“Ya ke awak suami saya? Gaya tak
macam suami je? Suami apa yang guna
panggilan kau aku dengan isteri?” ujarku
pedas. Syafzan sudah mati kata.
“Ah... sudahlah! Aku nak tidur. Jangan
kacau!” kata Syafzan lalu merebahkan kepala
ke bantal. Tangan kirinya di silangkan di
belakang kepala. Dia memejamkan mata.
“Awak. Tutup sikit perfume harum awak
tu. Karang nanti terpengsan pulak saya bau,”
sengaja aku mengusik Syafzan. Tangannya
masih tidak di alihkan.
“Lantak akulah! Kalau kau tak nak bau,
kau tidur lantai. Kau boleh pilih. Nak lantai
ke katil?” katanya selamba. Ternganga aku di
buatnya. Ish, tak bertolak ansur langsung!
Akhirnya aku memilih untuk tidur di atas
katil. Ah... lantaklah! Lagipun bukannya aku
nak tidur rapat-rapat dengan dia.
Badan ku rebahkan di atas katil
bersebelahan dengan Syafzan. Seketika
kemudian, aku teringatkan sesuatu.
“Awak. Nak bantal guling,” pintaku. Aku
mengangkat kepala sedikit memandangnya.
“Buat apa?” tanyanya malas.
“Nak peluk. Saya tak boleh tidur kalau
tak peluk bantal guling,” jawabku lalu kepala
ku rebahkan semula.
“Tak boleh.”
Kepala ku angkat semula.
“Huh?”
“Tak boleh...” ulangnya lagi. Matanya
masih lagi terpejam.
“Kenapa pulak? Dah tu, saya nak peluk
apa?”
“Peluk akulah...” selamba dia menjawab.
“Awak gila?” aku menjegilkan biji mata.
“Gila apa pulak?” Syafzan membuka
matanya lalu menolehku.
“Takkanlah saya nak peluk awak?”
“Peluk ajelah ! Susah sangat ke kau nak
peluk aku? Cara dia sama je macam kau
peluk bantal guling. Cuma yang ni lagi
selesa. Hangat.” Dia menayangkan sengihan.
Aku membulatkan mata. Gila!
“Eee... tak ingin saya nak peluk awak.
Lebih baik saya tidur peluk harimau
daripada peluk awak. Huh! Tak kuasa saya.”
Kataku sambil membuat gaya geli-geleman.
Dia tersengih.
“Tak nak sudah. Kau yang rugi.”
“Huh! Tak rugi apa pun...” kataku
perlahan lalu merebahkan katil semula.
Sungguh, aku tak boleh nak lelapkan
mata. Bantal guling! Aku perlukan bantal
guling!
Tidurku serba tak kena. Sekejap ke
kanan, sekejap lagi ke kiri. Syafzan yang
merasa pergerakkan katil yang berturut-
turut pantas menolehku sekilas. Seketika, dia
tersenyum melihatku yang seperti cacing
kepanasan.
Tak boleh tidurlah tu... gerutunya.
Dia pantas mendekatkan diri kepadaku.
Aku tidur membelakanginya. Tanpa ku
sedar, Syafzan menjalarkan tangannya ke
pinggangku. Terkejut aku di buatnya.
Bagaikan terkena renjatan elektrik. Eh, apa
ni?
“Meh, sini aku peluk...” ujarnya lembut.
Aku menepis tangannya. Aku memusingkan
badan menghadapnya.
“Jangan nak mengada ek...” kataku
sambil menunding jari ke wajahnya. Dia
mengangkat sebelah kening.
“Nak mengada apa pulak? Aku just nak
tolong tidurkan kau je. Kau tahu tak,
disebabkan kau aku tak boleh tidur.”
“ Elleh . Itulah. Siapa suruh tak nak bagi
bantal guling kat saya?”
“Aku bukan tak nak bagi. Tapi
masalahnya, aku nak kau belajar tidur tak
peluk bantal guling. Walaupun aku tak kenal
kau lagi, tapi ayah kesayangan kau dah
ceritakan serba sedikit tentang kau. Jadi, aku
ambil keputusan untuk pisahkan kau dengan
bantal guling bila nak tidur. Faham?” kata
Syafzan panjang lebar. Aku tercengang.
“Kenapa pulak macam tu? Saya nak peluk
bantal guling!”
“Tak boleh. Kau kena tidur peluk aku.
Dah, habis cerita. Meh, sini aku peluk. Kalau
tak nak, aku tidur luar. Nanti kalau ibu
dengan ayah kau tanya kenapa aku tidur
luar, aku jawab kau halau aku. Ha, nak
macam tu?” Ujarnya separuh mengugut.
“Ish, janganlah. Nanti habislah saya
kalau ibu dengan ayah tahu!”
“Dah tu? Peluklah aku!” arahnya.
Erghh... awkward...
“Feeya! Cepatlah! Aku tengah bagi kau
tawaran menarik ni!” teguran Syafzan
menyentakkanku. Dengan pantas, tanganku
menjalar ke pinggangnya. Kini, aku berada
di dalam pelukannya. Dia tersenyum senang.
“Ish. Menyampah pulak nak peluk-peluk
macam ni!” omelku perlahan. Namun,
suaraku masih dapat di dengari oleh
Syafzan.
“Shhhh... diam... tidur... kalau tak, aku
cium kau! Nak?” bisiknya perlahan. Aku
yang masih berada di dalam pelukannya
menggeleng tanpa suara. Dia tersenyum.
Kepalaku di usapnya lembut sehinggalah aku
tertidur dalam pelukannya.
----------
Lima bulan kemudian...
“AWAK nak pergi mana tu?” tanyaku bila
melihat Syafzan yang mahu menapak keluar
dari rumah. Syafzan mengerling ke arahku
sekilas. Dia mengangkat kening.
“Bukan hal kau,” jawab Syafzan dingin.
Wajahku tidak di tatapnya.
“Awak, kalau ya pun sarapanlah dulu.
Selama lima bulan perkahwinan kita, awak
tak pernah pun nak jamah makanan yang
saya masak. Penat saya buat tahu?” aku yang
sedari tadi duduk di sofa ruang tamu mula
berdiri. Kakiku melangkah mendekati
Syafzan yang berdiri di pintu rumah.
“Kalau kau penat, tak payahlah masak.
Susah sangat ke?”
“Awak, saya ni isteri awak tahu? Awak
sepatutnya makan masakan saya, bukannya
makan masakan orang lain. Kenapa awak
tak pernah hargai apa yang saya buat?”
kataku lembut. Cuba menahan sabar.
“Eh, yang kau ni busy body sangat
kenapa? Suka hati akulah nak jamah
makanan kau ke tidak.” Syafzan
meninggikan suaranya.
“Awak, saya isteri awak. Saya kena jaga
makan minum awak semua tu. Itu
tanggungjawab saya...” kataku perlahan.
Syafzan mencebik.
“Huh! Tanggungjawab konon... Eh, kau
tak payah nak tanggungjawab sangatlah! Cair
taik telinga aku ni dengar.”
“Awak... saya...”
Syafzan terus sahaja melangkah keluar
dari rumah tanpa mempedulikanku. Riak
wajahku yang berubah mendung tidak di
endahkan. Dia segera menonong masuk ke
dalam kereta sebelum keretanya
meninggalkan perkarangan rumah agam
yang indah itu.
Air mataku yang sedari tadi sudah
bertakung mula menitik di pipi. Sungguh,
aku terkilan dengan sikapnya. Sejak hari
pertama perkahwinan kami, dia tidak
pernah melayanku seperti seorang isteri.
Malah, aku seakan di jadikan seperti patung
hiasan. Dia tidak pernah langsung
bersembang denganku. Bercakap bila perlu
sahaja.
Air mata aku seka perlahan. Kaki ku atur
menuju ke dapur. Lempeng kegemarannya
menjadi hidangan sarapan. Namun, sayang.
Makanan itu tidak di jamahnya. Aku fikir,
bila aku menyediakan makanan
kegemarannya dia akan suka. Rupanya
telahanku sangat jauh menyimpang.
Punggung aku labuhkan di atas kerusi.
Lempeng yang terletak elok di atas pinggan
ku ambil lalu ku suapkan ke dalam mulut.
Perlahan-lahan, air mataku menitis lagi.
Sedang aku melayan perasaan, tiba-tiba
telefon bimbitku yang berada di ruang tamu
berbunyi. Aku tersentak. Pantas air mata ku
seka. Kaki ku atur menuju ke ruang tamu.
Telefon bimbit ku capai. Bila melihatkan
nama pemanggil pada skrin telefon, aku
pantas menekan punat hijau.
“Zehra...” panggilku tanpa sempat
mengucap salam. Suaraku bergetar akibat
menahan tangisan. Zehra yang mendengar
suaraku di talian mengerutkan dahinya. Dia
melihat skrin telefon sebelum di
tekapkannya semula. Aik? Lain macam aje
suara dia ni, bisik Zehra dalam hati.
“Weh, beb! Kenapa kau ni? Kau tak sihat
ke? Lain macam aje suara kau tu,” ucap
Zehra prihatin.
“Aku sihat...” jawabku lemah. Punggung
ku labuhkan di atas sofa.
“Eh, kejap! Aku rasa kau bukan tak sihat,
tapi kau...” Zehra tidak meneruskan kata-
katanya. Aku mengeluh.
“Weh, Feeya. Kau nangis ek?” tebak
Zehra.
“Mana adalah...” aku menafikan kata-
kata Zehra.
“Dah tu?” tanya Zehra lagi. Aku hanya
mendiamkan diri. Zehra mengeluh.
“Feeya... aku ni kawan kau tahu tak? Aku
tahu kau tengah menangis. Cuba kau cerita
kat aku. Kau kenapa sebenarnya?” ujar
Zehra penuh simpati. Tanpa dapat di tahan,
air mataku menitik lagi. Ak menangis
tersedu-sedan. Zehra yang mendengar
tangisanku di corong telefon sudah tidak
tentu hala.
“Feeya... kau okay ke?”
“Zehra...” panggilku masih lagi
menangis. Zehra panas punggung. Dia
menggaru kepala yang tidak gatal.
“Err... okay, macam ni ajelah. Kita jumpa
sekarang. Amacam? ” cadang Zehra. Sungguh,
dia tidak boleh berbuat apa-apa di situ. Dia
mesti berjumpa denganku!
“Tapi kau kena bagitahu suami kau dulu.
Kalau boleh, kita jumpa kat tempat biasa.
Kalau ada apa-apa kau call aku, okay?”
“Hmm...” jawabku lemah. Punat merah
pantas ku tekan.
“Assalamualaikum...” ucap Zehra.
Namun, panggilan sudah di tamatkan olehku.
Seketika kemudian, dia mengeluh perlahan.
Dahinya dipegang. Tudungnya yang sedikit
senget itu di betulkan agar kelihatan kemas.
----------
AKU melabuhkan punggung di atas kerusi
berhadapan dengan Zehra. Zehra yang
melihatku sudah tersenyum lebar. Rindunya
pada sahabat yang selama ini menyepi
akhirnya terubat jua.
“Maaf, Zehra aku lambat,” ucapku
lembut. Perlahan suaraku. Aku mengukir
senyuman manis. Senyuman yang
sebenarnya menyembunyikan seribu satu
rahsia.
“Eh, takpelah. Aku okay. Aku tengok kau
makin kuruslah. Kau sihat tak ni?” tanya
Zehra prihatin. Aku hanya mengangguk
lemah sebagai jawapan.
“Aku sihat je,” ringkas jawapanku. Aku
hanya menunduk memandang meja makan.
“Feeya, kau tipu aku kan? Cuba kau cakap
kat aku apa masalah kau sebenarnya.
Manalah tahu aku boleh tolong.”
“Kau takkan boleh tolong, Zehra.”
“InsyaAllah, boleh... Sekarang ni, kau
cerita dulu kat aku apa masalahnya.
InsyaAllah aku akan bantu mana yang
termampu,” ujar Zehra. Jarinya disilangkan
lalu diletakkan di bawah dagu.
“Tak boleh... benda ni melibatkan
maruah. Aku tak boleh cerita hal rumah
tangga aku kat orang lain.”
Zehra hanya mampu mengeluh
mendengar jawapanku.
“Dah tu, takkan kau nak pendam sorang-
sorang? Feeya, kau kawan aku tahu?”
“Tahu...”
“Feeya... ceritalah kat aku...”
“Zehra, aku tak boleh...”
Zehra mengeluh buat kesekian kalinya.
Wajahku dipandangnya lama. Dia tahu aku
ada masalah.
“Okay, takpe kalau kau tak nak cerita.
Aku pun tak nak paksa kau.”
Aku hanya diam memandang meja.
Wajahku kelihatan muram. Zehra yang
melihatku menggeleng perlahan.
“Feeya. Kau ni degil tahu tak? Kau tak
cerita kat aku apa masalah kau sebenarnya.
Macam mana benda ni nak settle? Cuba kau
cakap sikit,” Zehra membetulkan
kedudukannya. Aku mengerlingnya sekilas
sebelum nafas kuhela.
“Aku rasa, aku dengan dia bukan macam
suami isteri. Dia bua kerja dia, aku buat
kerja aku. Kami memang tidur sebilik. Tapi,
dia jarang balik rumah. Dia pun tak pernah
nak jamah makanan aku. Hatta, sikit pun dia
tak nak. Selama lima bulan Zehra, lima
bulan lebih aku pendam perasaan ni... bila
aku nak luahkan segalanya pada dia, dia
buat tak endah je . Sakitnya hati aku hanya
Allah yang tahu...”
Zehra yang mendengar ceritaku turut
tersentuh.
“Dah tu, kau datang sini tadi bagitahu dia
tak?” tanya Zehra.
Aku hanya menggeleng perlahan.
Wajahnya kutatap sayu. Zehra menarik
nafas sebelum tangannya memegang dahi.
“Kenapa kau tak beritahu dia?”
“Aku takut dia marah...” jawabku lemah.
Zehra terkejut mendengar jawapanku.
“Ya Allah, Syafeeya... kenapa macam tu
sekali? Feeya, walau apa pun, kau kena
minta izin suami kau...”
“Tapi aku takutlah, Zehra...”
“Kau nak takut apa, Feeya? Dia makan
kau ke?”
“Takdelah macam tu... aku takut dia
herdik aku. Lepastu, tak pasal-pasal dia hina
aku. Kalau dia hina aku sorang aku tak kisah
sangat, tapi kalau dia hina keluarga aku
sekali? Aku tak boleh tahanlah, Zehra...”
“Hesy... macam-macamlah kau ni,
Feeya.”
“Zehra, kalau aku mintak dia lepaskan
aku, kau rasa okay tak?” aku menyuarakan
pendapat. Zehra sudah tercengang. Biar
betik minah ni? gumam Zehra dalam hati.
“Weh, Feeya. Kau jangan main-main
boleh tak? Eh, benda ni serious tahu? Tak
boleh dibuat main,” Zehra sudah
meninggikan suara. Takdelah tinggi mana,
suara yang berbaur terkejut.
“Aku tak main-mainlah... Aku cakap
betul...”
Sekali lagi Zehra tercengang. Dahinya
diurut perlahan.
“Kau gila, Feeya.”
“Aku tak gilalah.”
Wajahnya kutatap lagi. Zehra yang
melihatku sudah mengerutkan dahi.
“Ya Allah... kau ni buat aku peninglah,”
Zehra menggeleng kepala.
“Itulah aku cakap. Kau takkan boleh
selesaikan masalah aku. Benda ni rumit.”
“InsyaAllah, tak rumit kalau kita
berusaha. Kau tak boleh putus asa, Feeya.
Kau tak boleh buat keputusan melulu. Nanti
kau yang rugi,” Zehra sedikit sebanyak
menasihatiku. Aku mencebikkan bibir.
“Tak. Aku takkan rugi. Malah aku akan
gembira bila dia lepaskan aku. Sebab aku
dah tak tanggung derita lagi lepas dia
lepaskan aku nanti,” mudah aku menjawab.
Zehra menjegilkan matanya.
“Feeya, jangan cakap macam tu...” tegur
Zehra lembut.
“Dah tu, nak cakap macam mana?”
lawanku. Zehra terkedu.
“Apa-apa ajelah, ” ucap Zehra acuh tak
acuh. Mungkin penat melayanku yang keras
kepala ini.
“Dahlah. Minum air tu. Lepastu kau
balik. Nanti suami kau cari kau macam
mana?” ujar Zehra lalu bersandar pada
kerusi.
“Kau halau aku?” tanyaku spontan. Zehra
hela nafas. Haihh... susah betul cakap
dengan orang jenis macam si Feeya ni,
gerutunya dalam hati.
“Eh, Feeya. Kau tahu tak, kau ni jenis
BMW tak cukup minyak tahu? Lambat nak
pick up apa orang kata! Aku tak halau kau
pun... aku cuma risau, nanti kalau suami kau
cari kau macam mana? Karang nanti dia
risau pulak. Dahlah kau tak minta izin kat
dia yang kau nak keluar dengan aku,” gaya
Zehra berkata-kata seakan ingin berdebat
denganku.
“Tak adanya dia nak risaukan aku...”
“Feeya... aku cubit kau karang! Eee... kau
ni degillah! Geram betul aku!”
“Kau ni kalau geram pun geramlah jugak.
Tapi janganlah sampai makan aku pulak...”
gurauku.
“Hei, memang taklah aku nak makan kau!
Nasi lagi sedap daripada kau, tahu tak?”
“Tak,” selamba sungguh jawapanku.
Zehra sudah memasamkan mukanya. Aku
hanya menggeleng perlahan sambil
tersenyum. Zehra, Zehra...
------
PINTU rumah aku tutup perlahan. Tidak
mahu Syafzan tahu yang aku baru pulang.
Sebenarnya, tadi aku ingin meminta izin
dengan Syafzan yang aku keluar dengan
Zehra. Tapi hasratku terbantut dek telefon
bimbitku yang tiba-tiba ‘tidak sedarkan diri’.
Haihh... salah aku jugak. Siapa suruh aku
tak bagitahu awal-awal? Tapi, kalau aku
bagitahu mesti dia tak bagi aku jumpa Zehra.
Yalah... dia tu kan kedekut tahi hidung
manis. Eh, tahi hidung manis ke? Bukan
masin? Ahh... entahlah. Aku tak pernah rasa,
jadi manalah aku tahu rasa tahi hidung tu.
Aku berjalan terhinjut-hinjut. Seketika,
mataku melilau melihat seisi ruang tamu.
Yalah, manalah tahu tiba-tiba Syafzan ada
kat ruang tamu... Hesy, tapi nasiblah dia
takde kat ruang tamu sekarang ni. Kalau ada,
mesti dia dah sergah aku.
Aku mengatur langkah menuju ke arah
tangga. Baru sahaja kakiku ingin menapak
pada anak tangga yang pertama. Tiba-tiba
ada suara garau yang berdehem beberapa
kali menyapa gegendang telingaku.
Pergerakkanku tiba-tiba menjadi statik.
Dah macam patung. Wajah masih lagi
kuhalakan ke depan.
Huh, tak sanggup aku nak pandang muka
dia yang menakutkan tu. Karang nanti tak
pasal-pasal aku yang terkena jelingan maut
dia. Jelingan dia tu boleh menusuk sehingga
ke dasar hati tahu tak?
“Pergi mana tadi?” tanyanya dingin.
Aku cuba memberanikan diri untuk
bertentang mata dengannya. Wajahnya
kupandang sekilas. Ahh... sekilas pun
jadilah. Asal aku pandang.
Syafzan sudah melotot memandangku.
Mukanya yang kuning langsat itu kelihatan
memerah sedikit. Urat-urat di lehernya juga
timbul.
“Eh, kau dah bisu ke? Aku tanya mana
kau pergi tadi?!” jerkahannya membuatkan
bahuku terhinjut sedikit. Bibir ku ketap.
Wajahku masih lagi memandang lantai.
Kedengaran Syafzan mendengus kasar.
Tangannya yang sedari tadi berada di dalam
kocek seluar di keluarkan. Kakinya
melangkah laju ke arahku. Mata ku pejam
rapat.
“Awak, saya...”
“Awak saya apa? Apa?!” jerkahnya lagi.
Kolam air mataku hampir-hampir ingin
pecah. Sungguh, aku tak pernah
diperlakukan begini dengannya sebelum ni.
Syafzan menarik tudungku kasar.
Kerongsang yang ku pakai terkena pada
daguku. Aku mengaduh kesakitan.
“Eh, perempuan! Kau pergi mana tadi?”
nadanya masih sama. Dingin.
“Saya... saya pergi jumpa Zehra...”
jawabku perlahan.
“Kenapa tak beritahu aku?”
“Saya takut...” jujurku. Syafzan
mencebik. Alasan tak logik! Gerutunya.
“Takut? Huh! Takut tu alasan kau?
Memang bodoh kau ni!” katanya lalu
menunjal kasar kepalaku. Air mataku
akhirnya menitis jua. Aku sudah teresak-esak
kecil.
“Saya... saya... minta maaf...” ucapku
perlahan sambil menangis teresak-esak.
Syafzan hanya memandangku tanpa
perasaan.
“Kau fikir aku terimalah maaf kau tu?”
Aku hanya diam menekur lantai.
Tanganku bermain-main dengan hujung
baju. Syafzan yang melihatku sudah
menggeleng. Dia mendengus kasar.
“Kau ni kan...” Syafzan sudah
mendekatiku. Aku tidak lagi berganjak dari
tempatku berdiri. Kepala ku tundukkan.
“Makin lama... makin kurang ajar, tahu
tak?!” jerkahnya lagi. Terkejut aku
dibuatnya.
“Awak ni... mana ada saya kurang ajar
dengan awak... saya selalu ikut cakap awak,
berlembut dengan awak. Saya... saya tak
pernah minta benda bukan-bukan pada
awak. Saya pun tak pernah tuntut nafkah
saya sama ada nafkah zahir atau batin pada
awak walaupun awak tak pernah beri semua
tu pada saya. Nasib baik saya ada duit
sendiri campur dengan duit hantaran awak
tu. Kalau tak, mati kebulurlah saya...”
“Kau...”
“Dengar dulu saya nak cakap...” aku
memintas kata-katanya.
“Selama ni, awak tak pernah jamah
makanan yang saya masak untuk awak.
Awak tak pernah ke nak rasa air tangan
saya? Air tangan isteri awak sendiri? Saya
tahu awak tak pernah anggap saya sebagai
isteri. Awak tak pernah pun cintakan saya
kan? Tapi, juju katakan... walau seburuk
mana pun perangai awak, saya tetap
cintakan awak, saya sayangkan awak, saya
hormatkan awak sebagai suami saya... Saya
ingat bila saya dah bersuami, saya akan rasa
disayangi, dicintai. Tapi rupanya andaian
saya sangat terpesong jauh. Saya kat rumah
ni tak ubah macam tunggul kayu, patung
hiasan dan yang seumpamanya. Awak tak
pernah layan saya sebagai isteri. Awak
selalu buat kerja awak sendiri. Saya tak
pernah dibelai dengan kasih sayang seorang
suami... Saya pendam semua ni seorang diri
awak tahu? Saya... saya dah penat. Saya dah
penat dengan semua ni. Saya dah tak
sanggup lagi... saya tak mampu. Jadi,
sekarang ni saya cuma nak minta satu je
permintaan. Satu je awak. Saya rasa awak
pun dengan rela hatinya akan turuti
permintaan saya ni sebab saya tahu, awak
memang tak suka saya...”
“A... apa dia?” tanyanya gugup. Aku
menarik nafas. Cuba mengumpulkan
semangat yang semakin lama semakin
terpadam.
“Tolong... tolong lepaskan saya...” aku
menangis teresak-esak.
Syafzan kelihatan terkejut mendengar
kata-kataku yang terakhir. Dia tergamam.
Tidak sangka itu yang ku minta.
“Feeya, kau main-mainkan?” tanyanya
untuk memastikan kata-kataku itu benar
atau tidak.
Aku menggeleng lemah. Masih lagi
teresak-esak.
“Saya tak main-main, Syafzan...”
jawabku perlahan.
“Tak... tak... kau tipu. Kau tipu kan,
Feeya?”
“Saya tak tipu!” bentakku.
Syafzan terkedu. Saat itu dirinya
bagaikan terkena renjatan elektrik.
“Feeya...” panggilnya lembut. Tiba-tiba,
rasa bersalah mula menebal dalam dirinya.
“Saya tunggu jawapan awak esok,
Syafzan. Dan saya janji... saya janji, setelah
awak lepaskan saya, saya akan keluar dari
rumah ni dan takkan jejakkan kaki lagi kat
rumah ni.. saya pun akan cuba sedaya upaya
untuk lupakan awak. Saya naik dulu. Nak
rehat. Saya minta maaf kalau saya pergi tak
beritahu awak tadi. Saya sayang awak...”
ucapku penuh syahdu.
Air mata tidak henti-henti mengalir di
pipi. Tangannya ku capai lalu ku cium. Buat
pertama kali, aku mencium dahi dan pipi
suamiku. Lama.
“Saya naik atas dulu. Hari ni awak
tidurlah kat katil. Tak payah tidur kat sofa
lagi.”
“Dah tu, kau nak tidur kat mana?” tanya
Syafzan sambil kerut dahi. Aku
menghadiahkan senyuman manis untuknya.
“Saya tidur bilik sebelah. Lagipun, esok
saya dah takde, kan?”
Sekali lagi Syafzan tergamam. Sakit
hatinya mendengar kata-kataku.
Tak... aku tak boleh biarkan dia pergi
esok. Aku kena buat sesuatu! Gumam
Syafzan dalam hati. Tiba-tiba pandangannya
menghala ke arahku yang sedang menaiki
tangga. Dia pantas berlari mendapatkanku.
Syafzan mencempung tubuhku lau di
bawa masuk ke dalam biliknya. Aku terkejut
dengan tindakan drastiknya.
“Awak, apa awak buat ni? Turunkan
saya! Saya nak tidur!” kataku seraya
memukul kuat dadanya. Syafzan menahan
sakit.
“Diam! Kau diam! Kau ingat aku akan
lepaskan kau macam tu je? Selagi aku tak
dapat apa yang sepatutnya aku dapat, aku
takkan lepaskan kau!”
Aku terkaku mendengar butir bicaranya.
Kepala aku geleng tanda tidak mahu.
“Tak nak! Saya tak nak, Syafzan.
Tolong... turunkan saya...” pintaku lalu
menangis teresak-esak.
“Syafzan, tak cukup ke tadi awak buat
saya menangis? Sekarang pun awak nak buat
saya nangis lagi ke?” kataku lagi sambil
memukul dadanya kuat.
“Shhh... diam sayang... tadi awak kata
nak kena belai dengan kasih sayang saya
kan? Meh, saya belai awak ek?” bisik
Syafzan lembut. Romantik suaranya. Dia
mencium pipiku beberapa kali.
Syafzan mencampakkan badanku kasar
ke atas katil. Aku cuba untuk bangun namun
di halang olehnya. Badannya menindih
badanku. Aku melawannya semampuku.
Syafzan kelihatan sudah naik berang. Tidak
semena-mena pipiku menjadi habuan. Aku
menjerit bagaikan orang terkena histeria.
Wajahnya aku ludah dengan air liur.
Sekali lagi, pipiku menjadi mangsa
tamparannya. Tidak cukup dengan itu, satu
tumbukkan melayang ke wajahku. Aku masih
lagi meronta-ronta minta dilepaskan.
Syafzan tidak menghiraukan jeritanku.
Wajahnya dibenamkan ke leherku.
Aku cuba melawannya lagi. Namun,
kudrat lelaki... tiada wanita yang mampu
melawannya. Akhirnya aku pasrah. Aku
hanya mampu menangis tika itu. Aku sudah
tidak mampu. Lelaki yang bergelar suami ini
terlalu kuat.
Ya Allah... bantu aku... aku sakit... doaku
dalam hati.
---------
PEDAL minyak ku pijak kuat. Had kelajuan
keretaku sudah mencecah 140 kilometer per
jam. Kejadian malam tadi masih lagi
berlegar-legar di ruang mindaku. Sungguh,
aku tidak menyangka Syafzan begitu kejam!
Aku benci kau Syafzan! Aku benci kau!
Sampai mati pun aku benci kau! Kau kejam!
Lepasni, jangan harap aku nak balik kat
rumah tu lagi. Aku tak nak jumpa kau lagi
Syafzan! Apa nak jadi, jadilah!
“Feeya... dengar dulu apa abang nak
cakap. Abang... abang minta maaf, sayang.
Abang tak nak sayang pergi... sayang jangan
tinggalkan abang. Abang perlukan sayang.
Please... don’t leave me. I need you, dear...
Abang terpaksa buat semua ni sebab...
sebab... abang tak nak sayang pergi. I’m so
sorry, sayang...”
Kata-katanya tidak ku hiraukan.
Tanganku laju memasukkan baju milikku ke
dalam beg pakaian. Badanku yang masih
lemah tidak ku hiraukan.
“Sayang...” tangan kasar Syafzan
memegang lenganku. Aku menepis kasar.
Wajahnya ku tatap. Tajam pandanganku
menikam ke anak matanya.
“Puas hati kau sekarang? Kau dah
hancurkan hidup aku! Kau dah seksa aku!
Sekarang kau nak apa lagi? Aku dah takde
apa lagi yang berharga. Takde apa yang
tinggal untuk aku! Puas kau sekarang?
Puas?!” jeritku.
“Sayang... maafkan abang...” Syafzan
sudah menangis. Pertama kali ku lihat dia
menitiskan air mata.
Tak... tak, Feeya. Kau tak boleh
terpedaya. Tak boleh...
“Sayang...”
“Hei, jangan panggil aku sayanglah! Aku
bukan sayang kau!” tempelakku kasar. Aku
mengangkat beg pakaianku sebelum kakiku
melangkah keluar dari bilik Syafzan.
“Sayang, jangan tinggalkan abang. Abang
perlukan sayang...”
“Tak! Kau tak perlukan aku pun! Kalau
kau perlukan aku, kau takkan buat aku
macam patung kat rumah ni! Aku benci kau,
Syafzan!” dada Syafzan ku tolak kasar. Aku
melangkah menuruni anak tangga.
“Jujur abang katakan, abang dah mula
mencintai sayang... please, sayang... jangan
tingalkan abang. Abang merayu sangat-
sangat.”
Aku menghentikan langkah lalu menoleh
memandangnya. Bibir ku cebik.
“Baru sekarang?”
“Maakan abang... abang malu nak jujur.
Sebenarnya sejak pertama kali kita kahwin,
abang dah mula cintakan sayang... tapi
abang cuba nafikan perasaan tu. Sebab tu
abang jarang balik rumah. Abang... abang
takut perasaan ni semakin mekar dalam diri
abang. Maafkan abang...”
Aku mencebikkan bibir lalu kepala ku
geleng.
“Kau ego, Syafzan! Kau ego! Lepasni, kau
jangan cari aku! Dan kalau seandainya nanti
aku mengandung, jangan harap kau boleh
jumpa dengan anak aku! Jangan harap!”
Sedangku termenung mengimbas
peristiwa pagi tadi, tiba-tiba sebuah lori
melencong ke arahku. Aku menekan brek
sekuat hati. Kereta ku hentikan di bahu
jalan. Badanku tercampak sedikit ke
hadapan. Dadaku turun naik. Seketika, aku
beristighfar panjang.
“Ya Allah... Feeya, kenapa kau ni? Syukur
Ya Allah, aku selamat... Ampunilah aku Ya
Allah... ampuni aku...”
Aku meraba beg tangan. Telefon bimbit
ku capai sebelum punat hijau ku tekan
setelah mencari nama untuk di dail.
“Zehra, aku on the way ke rumah kau
sekarang.”
-------
Empat tahun kemudian...
“ARA, tak mahu lari laju-laju, sayang... Nanti
jatuh!” pesanku pada anak perempuanku,
Sarafina Qaisya. Ya, anak perempuan... hasil
dari paksaan suamiku sendiri, Syafzan
Fawaz. Ahh... buat apa aku nak ingat dia
lagi? Entah-entah dia pun dah kahwin lain.
Huh! Lantaklah!
“Feeya, kau tak suap anak kau ke?” tegur
Zehra.
“Dah... baru je aku suap dia tadi,”
jawabku sambil tersenyum melihat Sara yang
asyik berkejaran dengan anak saudara
Zehra, Asfan Hafifi. Zehra juga turut
tersenyum.
“Mmm... patutlah...” gumam Zehra
perlahan. Aku kerut dahi. Tidak mengerti
kata-katanya.
“Patutlah apa?” tanyaku ingin tahu.
Zehra sudah tergelak kecil.
“Patutlah aktif semacam je anak dara kau
tu...”
“Biasalah, budak-budak...”
Zehra tersenyum.
“Err... Feeya,” panggilnya lembut. Aku
mengangkat kening. Pandanganku masih lagi
tertumpu kepada Sara yang leka bermain.
“Hmm...” jawabku ringkas.
“Err... kau... tak rindu suami kau ke?”
Senyuman yang menghiasi bibirku terus
mati dek soalan cepumas Zehra.
“Apa kau melalut ni, Zehra?”
“Aku bukan apa, Feeya... kau tak
kesiankan anak kau ke? Dia selalu dok sebut
papa... papa... kau tahu kan dia nak apa
sebenarnya? Dia nak papa dia. Kau tengok,
budak kecik pun tahu, tau? Naluri dia kuat.
Dia rindukan papa dia, Feeya. Kau... kau tak
boleh pentingkan diri sendiri. Kau tak boleh
selfish!”
“Cukup, Zehra! Kalau kau tak suka aku
tumpang rumah kau, aku akan pergi.
Lagipun, aku sepatutnya tak boleh
bergantung hidup dengan kau je . Empat
tahun aku tumpang rumah kau, Zehra. Kau
pun tak lama lagi nak kahwin kan? Jadi, ada
baiknya aku pergi cari rumah sewa.”
“Feeya... apa kau cakap ni? Bukan tu
maksud aku. Aku tak kisah pun kau nak
tinggal kat rumah aku ni lama-lama. Tadi tu
aku cuma tanya dan beri pendapat je. Aku
tak halau kau pun dan aku tak cakap pun aku
tak suka kau tinggal kat rumah aku ni. Kau
ada dengar aku cakap ke? Huh?”
“Sudahlah, Zehra. Aku tak nak ingat dia
lagi. Aku benci dia Zehra. Aku benci dia!”
“Weh, Feeya. Kau dengar sini baik-baik.
Kau dah tak ingat dosa pahala ke? Eh, kau
tahu tak? Tiga hari kau tak bertegur sapa
dengan suami kau, kau dah dikira berdosa.
Inikan pula empat tahun, Feeya. Empat
tahun! Kau langsung tak contact suami kau.
Kau tak tanya khabar dia, sihat ke tidak?
Lagipun, kau kata dia dah mula cintakan kau
kan? Kenapa kau tak beri peluang pada dia,
Feeya?”
“Aku tak boleh, Zehra... hati aku dah
terluka. Dah tak boleh dibaiki dah...”
jawabku perlahan.
“Siapa kata kau tak boleh baiki? Huh?
Siapa kata? Cuba akap sikit? Aku nak
dengar.”
Aku menghela nafas.
“Hesyy... sudahlah, Zehra. Aku malas nak
cakap pasal ni. Aku tak nak ingat lagi benda
ni.”
Zehra hanya mampu menggeleng
melihatku.
“Kau ni degil tahu tak?”
“Tahu...” selamba jawapanku. Zehra
menjegilkan mata.
“Haa... sedar pun...” gurau Zehra lalu
tergelak.
Aku membulatkan mata lalu tersenyum.
“Ada je kan benda kau nak usik aku?”
kataku lalu turut tergelak.
------
AKU menolak troli ke tempat membeli barang
dapur di Giant. Zehra memipin Sara dan
Asfan. Mereka membontotiku dari belakang.
“Err... Zehra. Aku nak pergi beli barang
basah kejap. Kau tolong jagakan anak aku
tau?” pesanku pada Zehra sebelum kakiku
melangkah menuju ke arah barang basah.
Zehra hanya mengangguk tanda faham.
“Ara, Ara tak mahu main jauh-jauh tau?
Nanti takut hilang. Afi pun sama. Jangan nak
mulakan dulu ek? Kalau Afi nakal, lain kali
Afi tak boleh ikut aunty lagi. Faham?” pesan
Zehra. Lembut suaranya menegur anak-
anak. Dah boleh jadi mak ni. Dah lulus dah.
“Afi faham, aunty. ”
“Bagus! Ara faham?” tanya Zehra lalu
memandang ke tepinya. Kosong. Zehra sudah
mula panik. Matanya melilau mencari Ara.
“Ara! Ara! Ara kat mana, sayang?
Aduhhh... mampus aku kalau Ara hilang...
Hesy, budak ni. Aku baru je pesan kat dia
tadi jangan main jauh-jauh... belum apa-apa
lagi dah hilang! Ara! Ara kat mana ni,
sayang? Janganlah main-main dengan
aunty!” Zehra cemas.
Dia mengatur langkah menuju ke arahku.
Aku yang sedang leka mencari sayur
disergahnya.
“Feeya! Feeya... anak kau ada kat sini
tak?” tanya Zehra cemas. Seketika, matanya
mencari sesuatu di belakangku.
“Anak aku? Ara? Bukan... tadi dia ada
dengan kau ke? Zehra... kau jangan... mana
anak aku Zehra?” aku sudah mula cemas. Ya
Allah... di mana anakku?
“Err... tadi Ara ada dengan aku, tapi...”
“Tapi apa?”
“Tapi tadi... masa aku pandang tepi tiba-
tiba tak ada...” perlahan suara Zehra.
“Kenapa boleh tak ada, Zehra?”
“Err... aku... aku tengah bercakap
dengan Afi masa tu. Aku pesan kat dia
jangan nakal-nakal... lepastu, bila aku
pandang tepi, Ara... dah tak ada...” ujar
Zehra gugup.
Aku mengeluh. Dahi ku urut perlahan.
Seketika, mataku melilau mencari kelibat
Sara. Namun, hampa. Tiada kelibat si kecil di
sekitar kawasan itu.
“Maaf, Feeya. Aku cuai...” ucap Zehra
perlahan. Kepalanya ditundukkan.
“Dah. Sekarang ni, aku nak cari Sara. Kau
tolong aku cari satu Giant ni. Aku tak kira!”
arahku tegas.
Zehra mengangguk. Dia mendukung
Asfan sebelum pergi mencari Sara.
“Ya Allah... sayang... sayang kat mana ni,
nak? Sara, janganlah buat mama risau...”
gumamku sendiri.
Mataku melilau mencari sekeliling.
Manalah tahu anak aku merayau-rayau ke.
Troli ku tinggalkan di tempat tadi. Ahh... aku
tak kisahlah orang nak ambil ke apa. Yang
penting aku dapat anak aku. Sara, sayang kat
mana ni, nak?
Tiba-tiba mataku tertumpu pada sesusuk
tubuh anak kecil yang sedang didukung oleh
seorang lelaki. Aku lihat baju si kecil itu.
Floral...
Sara! Ya, itu Sara! Tapi, Sara dengan
siapa tu?
“Ahh... aku tak kisah pun Sara dengan
siapa! Yang penting, aku kena cepat
dapatkan Sara. Ish... entah-entah dia tengah
nak umpan anak aku. Tu pasal dia bagi anak
aku ais krim! Kurang asam punya orang! Nak
culik anak aku tak agak-agak! Aku tahulah
anak aku comel macam aku...” omelku lalu
kakiku melangkah laju menuju ke arah
mereka.
Aku sudah menggenggam penumbuk.
Dadaku turun naik.
“Huh! Siaplah kau! Aku tumbuk muka kau
kejap lagi! Ada hati nak culik anak aku, ya?
Haa... tengoklah apa nasib kau kejap lagi!”
omelku perlahan. Kakiku masih lagi tidak
berhenti melangkah. Semakin lama semakin
laju.
Tiba sahaja di belakang lelaki itu, aku
berdehem beberapa kali.
“Encik, saya nak tumpang tanya... err...
anak siapa yang Encik dukung tu, ya?”
sengaja aku bertanya begitu. Sara yang
sedang didukung oleh lelaki yang sedang
membelakangiku menoleh ke arahku.
“Mama... mama... Ara ada ais krim!”
ujar Sara pelat. Dia menunjukkan ais krim
yang berada di tangannya.
“Papa...” panggil Sara sambil menepuk
lembut pipi lelaki itu. Aku tercengang. What?
Papa?
“Ya, sayang...” sahut lelaki itu lembut.
Suaranya seperti pernah kudengar. Namun
aku mengabaikannya. Suara tak penting,
yang penting anak aku!
“Mama...” ujar Sara pelat sambil
menunding ke arahku. Seketika kemudian,
jarinya dimasukkan ke dalam mulut. Lelaki
itu hanya mengangguk. Tangan si kecil di
pegangnya lalu dikeluarkan dari mulut.
“Ya... papa nak cari ais krim ni...”
Lelaki yang kelihatan sedang membelek
ais krim itu tidak memandangku. Soalanku
tadi tidak dibalasnya. Aku mendengus kasar.
“Encik, saya tanya sekali lagi... anak
siapa yang encik dukung ni?”
“Anak sayalah...” jawabnya perlahan. Dia
masih lagi memandang ke hadapan. Tiada
langsung tanda-tanda ingin menolehku.
“Oh... anak encik... nama dia siapa ek?
Comel muka dia...” sengaja aku berkata
begitu. Nak tarik perhatian si lelaki. Lelaki
itu menyembunyikan senyumannya.
“Sarafina Qaisya Binti Syafzan Fawaz,”
jawab lelaki itu selamba. Aku sudah
ternganga mendengar jawapan yang
dilontarkannya. Eh, mana dia tahu? Ish, tak
boleh jadi ni...
“ What? Hei, awak ni siapa sebenarnya,
huh? Awak sebenarnya niat nak culik anak
saya kan? Mana awak tahu nama anak saya?
Anak saya takkan beritahu nama sesuka hati!
Lagipun, mana awak tahu nama ayah dia?
Eh, saya tak pernah beritahu nama ayah dia
sejak dia masih bayi lagi awak tahu tak?”
tempiasku kasar. Namun, nada masih aku
kawal.
“Tapi anak saya dah beritahu nama dia
pun... jadi saya dapat tekalah siapa ayah dia.
Tengok muka pun saya dah tahu. Lagipun,
saya dah tahu dia ni anak awak. Sebab tadi
saya nampak awak dengan dia... kalau
budak ni anak awak, kiranya anak saya
jugaklah!”
Aku mencebik. Tang mananya anak kau?
Eee... nak je aku cakap macam tu kat dia.
Haihh... kesabaran...
“Anak awak? Bila masa dia ni jadi anak
awak? Eh, awak ni siapa sebenarnya? Apa
motif awak nak culik anak saya? Dan...
macam mana awak dapat tahu nama ayah
dia pulak? Awak ni siapa?” bertalu-talu
soalan yang aku lontarkan.
“Betul awak nak tahu saya siapa?”
“Betullah! Awak ingat saya main-main
ke? Dah lah nak culik anak orang! Tak sedar
diri!”
“Tapi awak jangan menyesal kalau dah
tahu siapa saya dan awak tak boleh pisahkan
saya dengan dia,” ujarnya masih lagi
membelakangiku.
Hailah... kalau tempat ni tak sempit,
memang dah lama aku terjah tengok muka
dia. Siapa mamat ni sebenarnya? Lantak
akulah nak pisahkan dia dengan anak aku ke
tidak. Eee... dia ni pun, kenapa sayang
sangat dengan anak aku? Bukannya anak dia
pun.
“Yalah. Cepatlah! Lepastu, saya nak anak
saya balik!” kataku sambil menarik lengan
Sara lembut.
“Jangan menyesal ek...” ujar lelaki itu
sebelum badannya dipusingkan separuh
menghadapku.
“Yalah...” jawabku acuh tak acuh.
Bila lelaki itu sudah memusingkan badan
sepenuhnya, dia tersenyum melihatku yang
sudah tercengang. Sungguh, aku tak sangka!
“Syaf... Syafzan?” gugup aku meneka.
“Ya, sayang. Ni abang... kenapa? Tak
percaya?”
Aku tergamam. Dia...
Aku menggeleng perlahan. Mulut aku
tutup dengan sebelah tangan sebelum
tanganku pantas mengambil Sara dari
dukungannya. Giliran aku pula yang
mendukung Sara. Badan aku pusingkan ke
belakang untuk beredar dari situ. Namun,
tangan kasar milik Syafzan sudah memaut
lenganku lembut.
“Sayang... sayang dah janji kan tadi tak
nak pishkan anak abang dengan abang?
Sayang, baliklah pada abang. Abang tak
sanggup kehilangan sayang lagi. Lama abang
tunggu sayang... empat tahun, sayang. Empat
tahun... Bagi abang, tempoh tu cukup lama...
maafkanlah segala kesalahan abang, sayang.
Abang merayu sangat. Abang nak kita
bersatu... demi anak kita, Sarafina Qaisya.
Dia perlukan abang dan tentunya dia juga
perlukan sayang...” lembut suara Syafzan
menyapa gegendang telingaku.
Sungguh, aku tak sanggup mendengar
pujuk rayunya... jujur aku katakan, aku
sayangkan dia. Namun, aku tak mampu
untuk meluahkan. Kerana aku terlalu
sayangkan dia...
“Awak, sudahlah. Saya kena pergi. Saya
tak boleh bersama awak lagi... saya tak
sanggup. Saya dah cukup memendam rasa.
Saya terluka disebabkan keegoan awak,
Syafzan. Jadi, tolonglah. Tolonglah jangan
kacau hidup saya dan anak saya. Kami nak
bahagia.”
“Sayang, pembetulan. Bukan ‘anak saya’
tapi ‘anak kita’. Ara anak abang... dia benih
abang. Kalau tak ada abang, Ara pun tak ada,
tahu? Sarafina Qaisya, made in Syafzan
Fawaz. Original tau! Orang lain tak dapat,”
gurau Syafzan. Aku hanya memandangnya
tanpa perasaan.
“Awak, please lah! Jangan buat lawak tak
jadi boleh tak? Orang tengah serius ni.”
“Oh, tak lawak ek?” tanyanya selamba.
Eee... sakit hati aku di buatnya!
“Awak...” meleret panggilanku.
“Ya, sayang... Balik dengan abang ek?
Abang rindu... please... Okay, abang janji
lepasni abang dah tak sakitkan hati sayang
lagi dan abang akan buang ego abang tu
jauh-jauh. Amacam?” ucap Syafzan sambil
menunjukkan gaya seperti orang yang
sedang berikrar.
Belum sempat aku menjawab, Zehra
sudah terlebih dahulu menyergahku.
“Feeya! Angguklah! Kau ni!”
E’eh, minah ni... karang ada jugak yang
makan penampar aku kejap lagi. Terjerit-
jerit kat telinga aku. Ingat aku ni pekak ke?
Ish...
“Feeya, kau ni sempat lagi berangan kan?
Jawablah apa suami kau cakap tu...”
“Err... okay, tapi... awak janji dulu
dengan saya. Awak kena layan saya sebagai
isteri dan tak buat saya macam patung
hiasan lagi kat rumah awak tu. Dan... awak
kena buang sikit ego awak yang tinggi
menggunung tu! Kalau boleh buang
semuanya! Janji?” kataku lalu menunding
jari ke arahnya.
Syafzan tersengih sebelum dia mencium
jari telunjukku spontan. Sempat lagi dia
mengenyitkan mata kepadaku. Aku hanya
tersenyum.
“ Thanks sayang, sebab terima abang
semula. Abang janji abang akan turuti apa
yang sayang cakap tadi. Lepasni, sayang
kemas baju sayang dengan anak kita, lepastu
kita balik rumah ek?”
“Yalah...” jawabku sambil tersenyum ke
arahnya. Kami bertentangan mata sesama
sendiri.
“Amboi... lamanya... tak nampak ke
orang-orang semua tengah tengok drama
yang korang lakonkan sekarang ni?”
Kata-kata Zehra membuatkanku
tersentak. Aku memandang sekeliling. Begitu
juga Syafzan. Ramai sungguh penonton yang
menonton adegan kami tadi. Aku hanya
menundukkan wajah. Malunya!!!
“Dahlah, jom! Sayang nak beli apa kat
sini? Meh, abang tolong. Nanti semuanya
biar abang yang bayar. Lepastu, kita balik
rumah abang. Rindunya....”
Aku mencubit lengan Syafzan. Syafzan
mengaduh kesakitan.
“Ish, abang ni kan! Jangan nak mengada
sangat ek? Orang tengok tu,” kataku manja.
Syafzan tersengih. Sedikit sebanyak hatinya
berasa lapang mendengarku memanggilnya
dengan panggilan abang.
“Oops. Sorry... naik lori...”
“Banyaklah abang punya lori! Orang
cubit lagi karang... nak?” ugutku.
“Ish, garangnya isteri abang ni...”
“Mama... Ara nak tidur...” rengek Sara
sambil memisat-misatkan matanya.
“ Alololo... anak mama ngantuk, ya? Okay,
mama beli barang sekejap. Lepastu, kita
balik ya sayang?” pujukku. Sara yang sudah
melentokkan kepala di atas bahuku
mengangguk perlahan.
“Meh, biar papa dukung,” pelawa
Syafzan. Dia mengenyitkan mata kepadaku.
Aku hanya tersenyum melihatnya.
“Dah, jom Zehra!” ujarku kepada Zehra
yang sedang bercakap dengan Asfan.
“Huh? Oh... ya. Jom! Err... tapi, boleh tak
nak minta tolong suami kau tolong jagakan si
Asfan ni kejap?”
“Meh lah, biar saya tolong jagakan,”
Syafzan yan mendengar perbualanku dengan
Zehra menyampuk.
“Err... Maaflah, menyusahkan..” ucap
Zehra perlahan. Asfan di pimpin menuju ke
arah Syafzan.
“Eh, takde hal lah!”
“Kita orang pergi cari barang dulu ek?
Abang tunggulah kat mana-mana. Tapi, kat
area sini je, tau!” kataku lembut. Syafzan
mengangguk sambil tersenyum kepadaku.
-------
“MAMA! Tengok papa ni! Papa sembunyikan
buku Ara!” adu Sara. Aku yang sedang
membasuh pinggan di dapur hanya mampu
menggeleng.
“Hailah... anak aku ni. Kalau bab-bab
mengadu memang nombor satu!” aku
membebel sendiri.
“Mama! Tengok Ara ni! Cubit papa pulak
dia!” adu Syafzan manja.
“Hesyy... ni lagi sorang... macam budak
kecik!” bebelku lagi.
“Mama...” rengek Ara. Aku yang sedang
membasuh pinggan di sinki dipeluknya dari
belakang. Dia seakan mencari tempat
sembunyi untuk menyembunyikan diri.
“Eh, apa ni... tak mahulah main kat
dapur.”
“Mama... tengok papa... papa nak geletek
Ara... nanti Ara geli...” adu Ara manja.
“E’eh. Bila masa pulak? Ara yang nak
geletek papa adalah!” Syafzan menyampuk.
Tidak mahu kalah dengan Sara. Macam
budak kecik!
“Abang... janganlah kacau dia. Orang
tengah buat kerja ni...”
“Mama... Ara ngantuk...” rengek Sara
manja.
“Haa... meh! Papa dodoikan,” pelawa
Syafzan.
“Tak nak! Nanti papa kacau Ara!”
“Haa... itulah... suka sangat mengacau
anak.. kan dia dah takut...” ujarku sedikit
sebanyak memerli.
“Mana ada abang kacau, abang gurau je.”
“Dah jom tidur!” kataku setelah mengelap
tangan yang basah.
“Jom!” sahut Ara ceria.
“Eh, Ara mana boleh tidur dengan
mama... Ara dah besar...” usik Syafzan.
Haih... tak habis lagi...
“Elleh. Papa lagi besar! Ara ni kecik lagi!”
pandai sungguh Sara menjawab.
“Ara dah sekolah kan, mana boleh tidur
dengan mama...” usik Syafzan lagi.
“Elleh. Papa dah kerja... lagilah tak boleh
tidur dengan mama...” jawab Sara lagi tidak
mahu mengalah dengan si ayah.
“Eee... Ara tak boleh tidur dengan mama
lah! Papa je boleh!
“Ya Allah, abang ni... tak habis lagi ke?”
Ara sudah ketawa.
“Mama... nak dukung...” ujar Sara
manja.
“Meh la, papa dukung. Okay, papa janji
kali ni papa tak kacau Ara. Kali ni ajelah!”
“Betul? Kalau papa kacau Ara, Ara cubit
papa!”
“Amboi, perangai tak ubah macam mak
dia... suka mencubit! Yalah, sayang... papa
tak kacau Ara...”
“Okay!” jawab Sara lalu mendepakan
tangannya minta di dukung. Syafzan
tersenyum lalu mendukung Sara menaiki
tangga. Aku yang sedari tadi melihat hanya
mampu menggeleng.
“Mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke
nasi?” kataku sambil tersenyum senget
memandangnya. Syafzan mencebik.
“Elleh. Kat sudu kan boleh!” jawab
Syafzan.
“Merepeklah abang ni!”
-------
“SAYANG, Ara dah tidur ke?” bisik Syafzan.
Aku mengangguk perlahan. Tanganku masih
lagi menepuk lembut punggung Sara.
“Sayang, jomlah... teman abang tidurlah
pulak...” bisik Syafzan lagi. Aku tersenyum.
“Kejaplah...” jawabku lembut. Syafzan
mengucup dahiku.
“Abang tunggu kat bilik, tau!” ujar
Syafzan perlahan. Aku mengangguk.
Setelah pasti Sara telah lena, aku
mengangkat punggung untuk beredar dari
bilik si kecil beradu. Kaki ku atur menuju ke
bilik kami. Pintu bilik aku tutup rapat.
Aku merebahkan badan di sebelah
Syafzan.
“Abang... dah tidur ke?” tanyaku lembut.
“Belum...”
Aku memeluknya erat. Syafzan yang
sudah memejamkan matanya terus membuka
mata. Seketika, dia tersenyum dengan
tindakkanku.
“ Aik? Ni kenapa manja sangat ni? Ada
nak apa-apa ke dari abang?” tanya Syafzan
sambil tersenyum nakal. Aku menggeleng
perlahan.
“Takde apa... Feeya cuma nak ucap
terima kasih je pada abang...”
“Terima kasih? Untuk apa?” Syafzan
kerut dahi.
“Terima kasih... kerana terima Feeya
sebagai isteri abang dan terima kasih jugak
kerana layan Feeya dengan baik. Feeya
sayang abang,” ucapku lembut. Syafzan
tersenyum. Dia mengusap kepalaku.
“Kasih diterima... terima kasih jugak
sebab sudi lahirkan zuriat abang walaupun
sayang dipaksa masa tu...”
“Abang... benda dah lepas kan...”
“Yalah... ala, lagipun... kejap lagi kan
kita ada baby baru... yang ni abang tak
paksa ek... sayang yang sukarela nak bagi...”
usik Syafzan. Aku tergelak.
“Yalah! Abang ni...”
“Sayang nak tahu tak?” tanya Syafzan
lembut. Romantik pada pendengaranku.
“Tak nak,” selamba aku menjawab.
“Sayang...” meleret pangilannya.
“Ya, abang...”
“Abang cakap betul-betul ni...”
“Yalah, betul... cepatlah...”
“Okay, abang sambung ek?”
“Yalah, bang...”
“Sayang nak tahu tak, dalam hati abang
ni, hanya ada sayang sorang je. Tak ada lagi
orang lain. Sebab... sayanglah isteri pilihan
abang. Abang beruntung sangat dapat isteri
macam sayang. Sporting!”
“Ya ke saya ni isteri pilihan abang?
Bukan abang kena paksa ke?” sengaja aku
ingin mengujinya.
“Yalah... itu masa mula-mula... tapi bila
abang dah tengok isteri abang, abang rasa
dah jatuh hati kat sayang.”
“Habis tu, kalau abang jatuh hati, kenapa
abang layan saya teruk masa tu?”
“Sayang... janganlah ungkit lagi pasal
tu... Sayang dah janji dengan abang kan?
Tadi pun, sayang jugak yang cakap jangan
ungkit lagi pasal hal tu,” kata Syafzan seakan
merajuk. Sayu suaranya.
“ Alololo.... orang gurau ajelah! Saja, nak
test abang. Dahlah... tidur... esok abang nak
kerja kan?”
“Yalah... Goodnight, sayang... I love you
so much!”
“ I love you too, abang sayang...”
“ I love you three...”
“I love you four ever...”
“Abang sayang Feeya sangat-sangat!”
bisik Syafzan. Aku hanya membalas dengan
anggukan. Senyuman manis kuhadiahkan
untuknya.
Feeya pun sayang abang sangat-sangat!!!
Syafzan mengucup dahiku lama sebelum
mata masing-masing terpejam. Aku harap,
akulah yang menjadi suri di hatinya untuk
selamanya...
TAMAT 

1 comment: